Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) yang selama ini terkenal dengan sifat sebagai pembangkang tegar di Malaysia dan amat berpengaruh sebagai parti yang ingin menjalankan pemerintahan mengikut Al quran dan Sunnah , kini semakin bercelaru dan hilang punca lantaran terpengaruh dengan idealisme yang didokong bersama dalam PAKATAN RAKYAT yang turut disertai oleh PKR dan DAP.
Di Kuala Terengganu malam ini telah berlangsung di Stadium Darul Iman , pengishtiharan calon untuk bertanding di P.036 Kuala Terengganu. Pengishtiharan tersebut telah dibuat sendiri oleh Presiden PAS, YB tuan Guru Haji Ab Hadi Awang dalam ceramahnya. Calon yang telah diishtiharkan ialah YB Wahid Endut iaitu ADUN Wakaf Mempelam. Ini adalah satu kejutan kepada semua warga PAS dan semua pihak. Berdasarkan keputusan Majlis Ijtimak PAS yang telah diadakan tahun lalu, hanya Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden sahaja yang layak untuk bertanding bagi 2 kerusi iaitu Kerusi DUN dan Parlimen. Pengishtiharan tersebut telah memecah tradisi dan melanggar keputusan yang telah dibuat dalam Majlis Ijtimak PAS.
Penyingkiran calon-calon lain seperti YB Dr Syed Azman ADUN Batu Burok, Haji Mustafa Ali Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohamad Sabu Naib Presiden PAS Malaysia menjadi tandatanya kepada seluruh pengikut PAS . YB Dr Syed Azman adalah calon terbaik yang telah dicadangkan oleh PEMUDA PAS Terengganu berdasarkan pencapaiannya dalam pilihanraya MAC 2008 , Haji Mustafa Ali merupakan calon pilihan berdasarkan kedudukannya sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu juga merupakan calon favorite bagi penyokong PAS di Negeri Terengganu . Manakala Haji Mohamad Sabu pula adalah calon paling layak berdasarkan beliau merupakan calon yang telah mengalami kekalahan tipis pada Pilihanraya Mac 2008 yang lalu iaitu dengan majoriti 628 undi sahaja. Peluang ini sepatutnya diberi bagi menebus kekalahan tipis yang lalu.
Mengikut risikan yang dijalankan menunjukkan YB Wahid Endut adalah merupakan anak emas kepada YB Presiden PAS . Beliau terpilih berdasarkan keputusan cemerlang menguasai DUN Wakaf Mempelam sejak dari 1990 dan merupakan salah seorang calon yang sedang digilap untuk menguasai kerusi Presiden di peringkat Malaysia. Tetapi terdapat juga pandangan dari pimpinan PAS Terengganu yang menyatakan bahawa YB Wahid Endut adalah seorang calon yang tamak kerana berusaha menguasai Kerusi DUN dan Parlimen bagi menyamai taraf Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden PAS di peringkat Malaysia.
Percanggahan pendapat dan pandangan dalam kepimpinan PAS sekarang menunjukkan bahawa parti PAS berada dalam keadaan yang bercelaru dan hilang punca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment