Saturday, September 20, 2008

putrakkrai: Balaci

putrakkrai: Balaci

Dalam era politik masa ini pelbagai jenis BALACI telah timbul , ianya dari peringkat bawahan hinggalah ke peringkat internasional. Tapi malangnya kalangan mereka ini banyak yang mempunyai tujuan tersendiri dan lebih bersifat peribadi. Mereka adalah terdiri dari :-


1. Balaci kampongan

Golongan ini adalah paling ramai dan tersebar diseluruh pelusok kampong. Biasanya mereka ini adalah terdiri daripada mereka yang mengamalkan POLITIK CARI MAKAN.Mereka sanggup melakukan apa saja dalam mencorakkan suasana agar dapat mencipta peluang dan mendapatkan keuntungan termasuklah melaga-lagakan pimpinan. Walaubagaimanapun pihak pimpinan sudah sedar dan sesetengahnya sudah bersedia menghadapi mereka ini kerana mereka ini bukanlah orang yang berpengaruh sangat di kalangan rakyat tapi lebih kepada mengada-adakan cerita dan mendabik dada sebagai pembela rakyat yang ingin menyampaikan suara rakyat.

Cadangan

Golongan ini perlu dipinggirkan dan pimpinan seharusnya lebih peka kepada permasalahan sebenar rakyat dan membuat analisis yang tepat agar tidak terjebak dalam permainan dari kalangan mereka ini.

2. Balaci Hiliran

Golongan ini lebih sofistikated dan merbahaya kerana mereka ini biasanya Dwi Dunia. Putih pun ......ya dan Hitam pun ......ya. Mereka ini adalah dari kalangan orang telah diberi sedikit kepercayaan dan kuasa tapi dalam kesempatan tersebut jugalah mereka sanggup BERMUKA-MUKA, MENGGUNAKAN KESEMPATAN YANG ADA, PEMBOCOR RAHSIA DAN TIDAK SETIA. Mereka ingin menjadi penentu kepada pimpinan. Dalam masa yang sama juga mereka berada di pihak yang menentang kepimpinan yang ada. Biasanya mereka terdiri dari orang yang berpengalaman dan berpendidikan, namun mereka kurang semangat jati diri dan tipis dalam hala tuju perjuangan . Mereka juga mengamalkan sikap demand dan suka mengambil peluang mencari keuntungan.

Cadangan

Mereka yang berada dikalangan ini perlu disingkirkan kerana mereka adalah duri dalam daging. Pimpinan seharusnya sentiasa berwaspada dan tidak terlena dalam buaian mereka. Perlu dinilai dengan mata hati yang mana Intan dan yang mana Kaca.


3. Balaci Moden.

Golongan ini adalah dari mereka yang pernah berkuasa dan mempunyai kedudukan tapi dipinggirkan atas sebab-sebab yang tersendiri. Mereka ini menjadi duri dalam daging kepada pimpinan yang ada dan biasanya mereka inilah juga yang merencanakan sesuatu kemusnahan kepada pimpinan yang ada bagi membuktikan bahawa mereka masih jaguh walaupun tidak di iktiraf. Kalangan mereka ini tidak ada konsep perjuangan dan semangat jati diri yang unggul kerana mereka sanggup menjatuhkan kepimpinan hanya kerana alasan yang remeh temeh seperti dendam, tidak dilayan dan sebagainya. Bagi golongan yang ini yang mempunyai kedudukan atau kekayaan , mereka sanggup melaburkan wang ringgit pulohan ribu untuk mencapai kepuasan hati mereka. Tidak dapat dinafikan bahawa mereka ini mempunyai pengikut yang tersendiri bagi mencapai hasrat mereka.

Cadangan

Golongan ini perlu disekat kerana ianya membawa kepada kemusnahan yang teruk dan menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan. Lebih baik hilang satu daripada memusnahkan keseluruhan pimpinan.

4. Balaci Elit

Golongan ini biasanya terdiri daripada orang yang pernah diberi kepercayaan, kedudukan dan kuasa. Demi kepentingan diri mereka sanggup melakukan apa saja bagi mencorakkan keadaan mengikut acuan mereka. Biasanya mereka ini menggunakan saikologi terbalik untuk menguasai keadaan. Mereka ini kadang-kadang penting tetapi dalam keadaan lain amat merbahaya kerana mereka ini sampai ke tahap sanggup membunuh untuk menjayakan impian samada membunuh secara politik ataupun secara betul. Bagi mereka perjuangan hanyalah sekadar percakapan dan permainan kata bukanlah satu keikhlasan . Ini dibuktikan dengan permainan sandiwara yang dicipta bagi tujuan tertentu. Walaupun mereka ini boleh di hitung dengan jari tapi sejarah mereka banyak dicontohi oleh generasi baru yang bakal mewarisi pimpinan.

Cadangan

Golongan ini perlu dikenalpasti secara terperinci dan diberi perhatian secara khusus samada pemikiran mereka perlu dibilas dan ditanam dengan perjuangan yang sejati iaitu SAYANG BANGSA, SAYANG NEGARA DAN SAYANG AGAMA atau terus dilenyapkan dalam arus kepimpinan sejagat.

5. Balaci internasional

Golongan ini paling sedikit bilangannya tapi boleh menghancurkan negara, bangsa dan agama. Langsung tidak ada semangat patriotisma dan nilai. Mereka hanya tahu melakukan perkara yang terbaik untuk kepentingan mereka tanpa memikirkan impak yang akan ditanggong oleh rakyat atau orang di sekeliling. Mereka bukan sekadar sanggup membunuh malah sanggup mengorbankan ribuan nyawa apabila mereka gagal memperolehi apa yang diimpikan. Gelagat macam orang alim tapi jiwa persis syaitan yang tidak pernah setuju pada kebenaran dan hakikat. Perjuangan hanyalah pada apa yang dingini bukan kehendak majoriti.Tapi yang malangnya mereka adalah orang yang disegani dan menjadi idola pada ramai pimpinan generasi baru yang langsung tidak mempunyai tunjang perjuangan sebenar iaiti perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Cadangan

Seboleh-bolehnya golongan ini tidak harus ujud dan diwujudkan kerana ianya mendatangkan kemudaratan kepada semua baik generasi lama, baru dan akan datang.



WAHAI BALACI !!!!!!!!!!!!!!!!!

DALAM HATI ...................................... PALING MINIMA PUN

PERLU ADA

SAYANGI AGAMA , SAYANGI BANGSA DAN
SAYANGI NEGARA.





Thursday, September 18, 2008

Balaci

BALACI .........

Balaci pada pandangan saya adalah seorang yang amat berminat dengan politik sehinggakan apa saja dilakukan mesti ada kaitan dengan politik. Hidupnya, matinya, perbuatannya, percakapannya, pandangannya,perancangannya,ideanya,sumbangannya,fikirannya dan entah apa-apa lagi yang berkaitan dengan............nya.

Permainan dalam politik adalah kegemarannya . dalam satu masa ianya boleh meng ia kan dan pada masa yang sama juga ianya boleh me nidak kan sesuatu perkara.

Sekarang tergambar difikiran saya telah wujud seorang balaci yang kini sedang berusaha memporakperandakan sebuah negara.

Monday, September 15, 2008

Antara Balaci dan Tonto

Politik Kuala Krai kian terumbang ambing lantaran apa yang tersurat tidak seperti apa yang telah tersirat. Penguasaan politik monopoli telah melahirkan sebilangan besar politikus yang bergelar BALACI dan untuk keutuhan monopoli maka wujudnya TONTO. Suasana politik Kuala Krai tercorak oleh wujudnya golongan ini dengan peranan yang cukup licik dan tersusun. Maka terjadilah team-team yang tersendiri dengan cara penguasaan Politik untuk pengukuhan tokoh masing-masing. Sebagai anak jati Kuala Krai, Saya amat terkilan kerana pada dasarnya perjuangan yang selama ini dilaung-laungkan hanyalah merupakan khabar indah yang amat sukar menjadi kenyataan.Masing-masing dengan opsyen yang telah direncanakan mengikut acuan yang dipilih oleh tokoh dan bukan Lagi perjuangan untuk AGAMA , BANGSA DAN NEGARA. Perjuangan yang wujud kini lebih bercorak peribadi dan berkepentingan serta berpuak-puak tetapi kalau didengar dari VISI DAN MISI seolah-olah perjuangan mengatasi segalanya.